MAB KKM & Fakta MAB

Pada masa sekarang terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab memainkan isu lapok MAB Klasik seperti tidak berdaftar dan tidak diluluskan oleh KKM.

Harus difahami bahawa MAB sekarang terbahagi kepada 2 kategori. Satu adalah MAB Klasik iaitu dalam bentuk tradisional herba mentah yang dikisar diadun menjadi bentuk makjun. Keduanya adalah MAB Tablet yang dibuat dalam bentuk moden tablet kunyah.

Kedua-dua MAB Klasik dan MAB Tablet asalnya dari benda sama fungsi,  cuma ia dipecahkan dalam 2 kategori iaitu tradisional (makjun) dan moden (tablet).

MAB Tablet adalah diadaptasi dalam bentuk tablet moden mengguna teknolgi tinggi kilang bertaraf GMP. Ianya mengguna kaedah extract herba. Melalui kaedah ini herba akan melalui proses perahan (extract) bagi mendapat nutrin dan hampas herba tidak digunakan. Manakala MAB klasik adalah mengunakan herba mentah dan diadun.

Perlu difahami bahawa MAB Tablet adalah produk yang dikelaskan sebagai Food Drug Interphase (FDI) BUKAN UBAT. Maksud FDI adalah produk hasil campuran makanan/herba dan bahan aktif dalam nisbah 20:80. Nisbah ini bermaksud bahan aktif tidak melebihi 20% dan 80% adalah kandungan herba mentah/makanan. Jika terdapat bahan aktif melebihi 20% produk tersebut dikira sebagai FDI UBAT dan perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) bagi mematuhi Akta Kawalan Dadah 1984. Pada masa inilah nombor  MAL diikuti dengan nombor perlu ditunjukkan pada stiker label produk bagi mematuhi Akta Makanan 1983. Gambaran kategori produk adalah seperti dalam gambarajah dibawah.

GAMBARAN KATEGORI PRODUK DI MALAYSIA

 

Konsep MAB Tablet seperti di atas. Ini adalah kerana bahan aktif dalam MAB Tablet tidak melebihi 20% dan kandungan herba/makanan dalam limit 80%. Kategori produk ini dapat di ketahui dengan membuat permohonan Pengkelasan Produk kepada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (National Pharmaceutical Regulatory Agency/NPRA). NPRA adalah jabatan dibawah KKM yang mempunyai kuasa mendaftar ubat di Malaysia.

Pihak NPRA telah mengeluarkan surat rasmi pengkelasan produk MAB Tablet dapat dirujuk melalui nombor permohonan pengkelasan produk 170616/05/120.

Dalam hal ini semua Dealer MAB harus memahami berkenaan produk FDI BUKAN UBAT. MAB TABLET ini tidak termaktub dibawah Akta Dadah 1984 dan tidak di pantau oleh PBKD. Penguatkuasa Farmasi NPRA tidak boleh merampas apabila dipamirkan di premis perniagaan. Jika dirampas Dealer ZPR  berhak membuat pertanyaan kepada NPRA.

MAB Tablet juga mendapat kelulusan oleh Lembaga Pengiklanan Malaysia dan ia bebas membuat pengiklanan di Malaysia kerana ia produk FDI BUKAN UBAT.  Di bawah disertakan surat rasmi dari NPRA KKM bukti bahawa MAB Tablet dikelaskan sebagai FDI BUKAN UBAT.

SURAT DARI NPRA-MAB TABLET PRODUK KATEGORI FDI BUKAN UBAT

 

Berkenaan MAB Klasik pula, terdapat banyak pihak berusaha menjatuhkannya dengan membuat statement yang amat negative. Pihak ZPR telah pun mendapat khidmat nasihat secara personal dengan pegawai NPRA bagi membantu memudah proses pendaftaran MAB Klasik.

Berkenaan dengan analisis bahan terlarang seperti dadah, mercury dan steroid, pihak ZPR menggunakan UTM (Institut Bioproduk) dan USM (Pusat Racun Negara). Analisis tersebut betul dan tidak ditemui bahan terlarang dan MAB selamat dimakan. Yang menjadi masalah adalah komplikasi dari segi undang-undang sahaja. Badan-badan yang membuat analisis seperti UTM dan USM tersebut juga diikltiraf oleh kerajaan Malaysia. Hasil analisis itu benar tetapi Akta Dadah 1984 tetap menghalang penerimaanya. Ini adalah kerana dalam Akta Dadah 1984 hanya mewartakan NPRA sahaja yang layak menjalankan analisis dan mendaftar ubat di Malaysia. UTM dan USM diwartakan sebagai Universiti Penyelidikan dan tiada kuasa dalam bidang UBAT di Malaysia. Itu saja teknikal yang tidak kena.

Dengan itu, ZPR merujuk khidmat nasihat dari pegawai NPRA bagaimana mengatasi komplisi undang-undang di Malaysia. MAB klasik boleh melepasi halangan undang-undang dengan mendaftar mengikut saluran KKM.

Sehubungan dengan itu,  ZPR telah memulakan tindakan itu dengan membuat pendaftaran. Step pertama adalah membuat Pengkelasan Produk MAB Klasik. Pada masa kini proses pendaftaran tersebut telah dilakukan dan proses itu terus berjalan mengikut prosedur yang ditetapkan oleh NPRA. Ianya agak mengambil masa lama untuk selesai sepenuhnya. Sekarang fail telah dibuka di NPRA untuk mendaftar MAB Klasik. Bukti penerimaan permohanan ini boleh di rujuk di NPRA melalui nombor fail BNPK(8.15)248-10(SK.6)JD29(52). Dibawah ini disertakan resit penerimaan permohonan untuk mendaftarkan MAB Klasik.

RESIT PENERIMAAN NPRA UNTUK MENDAFTAR PRODUK MAB KLASIK

 

Statement dari pihak yang tidak ada authority mengatakan MAB tidak berdaftar dan tidak mendapat kelulusan adalah mempunyai motif yang tidak elok. Ini kerana proses mendaftarkan MAB Klasik sudah pun berlangsung selama sejak April 2017 lagi dan terus berjalan dengan lancar sehingga kini.

Pihak ZPR juga merujuk khidmat nasihat dari pegawai KKM di bahagian Keselamatan Kualiti Makanan (BKKM). Pegawai di bahagian tersebut  menasihatkan supaya membaiki pelabelan stiker MAB Klasik iaitu tidak perlu membuat apa-apa tuntutan kesihatan supaya proses pendaftaran boleh disingkatkan.

Mengenai gambar MAB Klasik yang diviral sekarang di Face Book yang mengatakan MAB Klasik tidak berdaftar dengan KKM bukanlah gambaran MAB Klasik keluaran ZPR sekarang. Stiker yang digunakan adalah menggambarkan MAB FAKE (MAB Tiruan). Gambar ini menggunakan teknik super impose dengan memotong dan menampal gambar yang diedit dan mengguna logo KKM. KKM tidak pernah mengeluarkan apa-apa statement pasal MAB klasik melalui kaedah gambar super impose. Statemnet sebegini tidak sah selagi tidak ada Letter Head KKM dan tanda tangan dari Pengarah NPRA. Pihak yang menyebar gambar MAB ini perlu mengambil risiko menghadapi tindakan undang-undang.

PIHAK ZPR TIDAK MENGELUARKAN MAB YANG MEMBUAT TUNTUTAN KESIHATAN. INI ADALAH MAB FAKE

MAB adalah sah disisi undang-undang Malaysia. MAB didaftar sebagai Intellectual Property(IP) di Perbandanan Harta Intelek Malaysia (My IPO). Ia dilindungi dibawah Akta Cap Dagangan 1976. Nombor IP MAB, 2011006384 boleh dirujuk di Perbadanan Harta Intelek Malaysia.

Pihak lain tidak sewenang-wenangnya mengambarkan MAB sesuka hatinya mereka memberi gambaran MAB yang tidak benar dari  ZPR masa kini. Apatah lagi membuat statement yang tidak benar memberi imej yang buruk terhadap MAB Klasik. Ini akan memberi impact yang tidak baik terhadap reputasi rangkaian bisnes ZPR.

Dengan itu, pihak ZPR memohon kepada Admin yang terlibat terutama dalam medium Face Book supaya menarik balik penyebaran gambar  MAB mengguna label stiker yang tidak betul masa kini. Gambar yang diviralkan tersebut mengambarkan MAB FAKE (MAB Tiruan) yang telah dilaporan kepada pihak KPDNKK. Jika gambar ini tidak dihentikan, laporan susulan terpaksa dipanjangkan kepada KPDNKK.

Kesimpulannya pihak ZPR memandang serius dengan isu-isu yang memburukkan MAB Klasik. Pihak KKM dalam usaha membantu proses mendaftar tetapi pihak yang tiada authority membuat statement yang bertentangan.

Sebagai orang Islam hendaklah sentiasa menjaga adab dalam apa-apa hal termasuk dalam hal bisnes. Jika hendak menaikkan produk sendiri tidak perlu memijak produk orang lain. Jika hendak maju ke depan tidak perlu menikam produk orang lain yang sedang mara kehadapan. Berusahalah mencari rezeki dengan cara yang diredhai supaya ada keberkatan produk yang dibawa.

Pihak ZPR memohon Admin yang memviralkan perkara negative MAB Klasik menarik balik statement yang dibuat. Jika statement tersebut masih berterusan, pihak ZPR tidak teragak-agak membuat laporan kepada pihak berwajib supaya tindakan melalui undang-undang dapat menghentikan pihak yang tegar menyebar fitnah melalui media sosial. SSKM mempunyai kuasa pemantaun di media sosial.

 

Sumber Dari: ZAI PERMAI RESOURCES