TagLine Here

Cara Pembelian

dan Penggunaan Shopping Cart

Para Pelanggan yang dihormati,
Selamat Datang ke Rahsiaanggun.com. Bagi memudahkan anda membuat sebarang tempahan/pembelian di laman web rahsiaanggun.com, di bawah ditunjukkan langkah demi langkah bagaimana untuk membuat perkara tersebut. Ianya amat mudah. Anda hanya perlu mengikut langkah-langkah yang disenaraikan di bawah. Jika anda perlukan bantuan, sila hubungi kami. Kami sentiasa prihatin dan cuba memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda.Selamat membeli belah.

a) Sila pastikan anda telah mendaftar menjadi ahli laman web ini sebelum membuat sebarang pembelian. Ia hanya untuk tujuan rekod   sahaja. Jika anda belum berdaftar tetapi terus memilih produk yang ingin dibeli, web ini secara automatik akan meminta anda untuk mendaftar sebagai ahli.

b) Pilih produk yang anda ingin beli dengan klik pada imej produk tersebut. Anda akan dibawa ke maklumat penuh produk.
 
c) Jika anda ingin membuat pesanan, klik pada butang "add this to my cart"

 
d) Ulangi langkah di atas jika anda ingin menambah item ke dalam shopping cart.
 
e)Anda boleh melihat item telah dipilih di dalam shopping cart pada bila-bila masa dengan klik pada perkataan "shopping cart" di sebelah kiri atas laman web ini. Di samping itu, shopping cart akan secara automatik dipamerkan pada bahagian menu sebelah kiri.
 
f) Apabila telah habis membuat pembelian, klik pada butang "check out"

g) Ikuti langkah-langkah mudah selepas itu iaitu pilihan alamat penghantaran, kaedah penghantaran, kaedah pembayaran dan akhir sekali semak dan sahkan pembelian dengan menekan butang "confirm order".

 
h) Setelah anda confirm order, sila SMS ke nombor ini:  012-304 1761/ 016-698 4435 untuk pengesahan pembelian dan untuk mengetahui kedudukan stok semasa serta jumlah kos penghantaran yang dikenakan.Untuk makluman kos penghantaran di dalam inbois yang dinyatakan adalah kos anggaran sahaja. Kos sebenar bergantung kepada berat barang yang dibeli.
 
i) Sila buat pembayaran setelah pembelian anda disahkan sahaja.
 
j) Penghantaran akan dilakukan setelah pembayaran diterima.
Nota:
Bagi Pembelian barangan berunsur cecair, risiko perlu ditanggung oleh pembeli jika berlaku sebarang kerosakan kerana Pos Pos laju tidak memberi perlindungan jika berlaku sebarang kerosakan pada barang.
 
Jika terdapat sebarang soalan atau inginkan bantuan sila hubungi kami. Terima kasih kerana membeli-belah disini. Selamat berkunjung lagi.....
 




Copyright © 2014 rahsiaanggun.com